Showing posts with label Tun Mahathir blog. Show all posts
Showing posts with label Tun Mahathir blog. Show all posts

20 May 2008

Stolen from www.chedet.com

Monday, May 19, 2008

Pengumuman Keluar Dari UMNO

Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.


Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.

Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.

Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

19 May 2008

Mahathir quits Umno



Tun Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya sebagai ahli UMNO berkuatkuasa serta merta hari ini. Walaupun agak terkejut badak, berita ini pasti mengeruhkan lagi arena politik tanah air yang sedia kacau bilau.

Selain itu, Tun juga menyeru agar ahli UMNO yang lain agar sama sama keluar dari UMNO dan berpesan agar jangan masuk parti lain sehinggalah Pak Lah melepaskan jawatannya. Sehingga

Carian dari Google dan Yahoo selepas beberapa minit penyebaran SMS mengenai berita itu ternyata tidak mengecewakan.

Source:
Bernama
The Star
MalaysiaKini

Malah TV1 melaporkan berita tersebut pada pukul 3 petang tadi.

Beberapa teman mengatakan bahawa Tun meletakkan jawatan adalah untuk mengalihkan perhatian terhadap kes LINGGAM. Ada juga yang berpendapat Tun memang amat merasa kecewa yang melampau terhadap kepimpinan Pak Lah.

Beberapa bloggers anti-Mahathir pula melabelkan Tun sebagai penakut kerana lari dari masaalah dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO. Manakala beberapa menteri dan orang kuat UMNO pula menyatakan rasa keterkejutan badak mereka atas tindakan drastik Tun M.

Ketika dokumen ini di publish, Tan Sri Sanusi Junid juga meletakkan jawatan. Bagaimanapun tiada berita mengenai perletakan Tun Dr. Siti Hasmah dan Mukriz. Takkanlah bapak jer yang keluar...

Timeline

  • 1946: Joined United Malays National Organisation (Umno).
  • 1947: While a medical student, he wrote extensive anti-colonial commentaries in Malay newspapers under the pen-name "Che Det".
  • 1957: Resigned from government service as a doctor. Starts private practice.
  • 1964: Entered active politics as Kota Star Selatan MP.
  • 1965-1969: Member, Umno Supreme Council.
  • Sept 1969: Expelled from Umno for disciplinary reasons. Re-admitted on March 7, 1972.
  • June 1972: Elected a member of the Umno Supreme Council with the highest number of votes. Lost in the election for an Umno Vice-President post.
  • Dec 1972: Appointed a Senator by the Kedah State Legislative Assembly.
  • 1974-2004: MP for Kubang Pasu, Kedah.
  • Sept 1974: Education Minister.
  • June 1975: Umno Vice-President.
  • March 1976: Deputy Prime Minister & Minister of Education.
  • 1977: Acting Chairman, Umno Liaison Committee, Malacca.
  • Jan 1978: Deputy Prime Minister & Trade and Industry Minister.
  • May 1978: Chairman, Perak Umno Liaison Committee.
  • Sept 1978: Umno Deputy President.
  • June 1981: Barisan Nasional Chairman.
  • June 1981: Umno President.
  • July 16 1981: Fourth Prime Minister of Malaysia, Minister of Defence (until 1986) and Minister of Home Affairs (until 1999).
  • July 17 1987: Umno Political Bureau Chairman.
  • Feb 16 1988: Pro-tem President of Umno Baru. Umno was declared an illegal society on Feb 4, 1988.
  • Dec 1993: Kelantan Umno Chairman. Chairman, Politics and Constitution Committees of the Supreme Council.
  • Sept 1998-Jan 1999: Finance Minister. June 2001 - Finance Minister.
  • June 22 2002: Announced his intention to resign from all political and government posts at the final day of the 56th Umno assembly. Appeals from Umno Supreme Council members.
  • Oct 31 2003: Retired as PM and Umno president after 22 years.
  • Sept 2006: Fails in bid to be an Umno delegate for the Umno general assembly coming in ninth out of 15 contestants in the Kubang Pasu division.
  • May 19 2008: Quits Umno

03 May 2008

Tun Dr. Mahathir... memeriahkan lagi dunia BLOG


Mengaper yer... dan tiba tiba jer org berebut rebut nak buka BLOG. Yang terbaru adalah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Blog itu dibuka kepada umum 2 hari yang lepas dan setakat ini merekodkan 140 ribu kunjungan dalam masa 3 hari. Menakjubkan.

Walau apapun, keta welcoming kedatangan Tun tersayang ke dunia maya. Maybe Tun sendiri dah tak percaya sangat dengan media utama. Yer lah kan, YB2 semua sebut BLOG ni media alternatif, bahaya media alternatif lah. Pokok pangkalnya, kalau media tu NOT BELONGS TO THEM... semua cerita bohong belaka, unsur unsur tak baik... Macam baru baru ni, baru jer sebuah akhbar Tamil ditarik lesen.

Dalam posting pertamanya, Tun Mahathir menyentuh mengenai perlantikan Hakim2. Tun juga berterimakasih kepada para pengunjung dan langsung tak sangka akan mendapat HITS sebanyak tu.... Dalam pada itu, Tun Mahathir meminta maaf kerana tak sempat pulak nak reply semua komen. Macam2 pula komen yang diterima. Ada yang puji, ada yang bagi cadangan, tak kurang juga yang mencaci maki...

Hidup TUN.... Selamat sejahtera Malaysia. Jangan lupa orang sarawak. Time tak cukup beras baru nak pandang ke Sarawak......

Go to Blog Tun Dr. M