Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

10 September 2009

Kari Ikan Toshiba

P8070280 

Ikan ni jiran yang bagi. Orang kerja tasik katakan. Lepas beberapi hari dalam freezer. Ni lah masa untuk menjamu selera. Buka puasalah konon.

P8070282

Liat nak mampus. Tulang keras. Susah lah nak potong

P8070283 P8070289P8070291

 

Bahan bahan – bawang putin dan merah, halia, santan, jintan manis, ketumbar, kari, daun kari, daun limau, serai, cili, asam keping, serai

 

Sayuran – kacang panjang, terung, kacang lendir (lupa beli)

P8070284 

Potong ikan sesuka hati. Bersihkan

P8070285 

  1. Tumbuk bawang, cili dan halia
  2. rendam asam keping
  3. hiris serai
  4. sediakan santan
  5. adukkan separuh kari dengan ikan

P8070293

Goreng bahan yang ditumbuk

msukkan serai

masukkan ketumbar dan jintan manis

masukkan kari

goreng hingga naik bau

P8070294

Masukkan ikan.

Kacau hingga sebati

masukkan daun limau dan daun kari

masukkan santan.

Gaul hingga sebati

masukkan air jika perlu

P8070295

Potong sayuran

P8070296

Masukkan ke dalam kuali

Masukkan bahan perisa secukup rasa

P8070297

Biarkan mendidih sehingga sayur masak

P8070298

Ni lah kepala ikan tu. Keras jahanam. Tak dapat dipotong.. jadi masaklah macam tu jer

13 March 2008

Steak babi

Daging babi (pork - kata orang putih), adalah antara daging paling sedap dalam sejarah binatang.

Resepi spesel ini hari adalah daging babi stail steak macam orang putih.

Bahan bahannya:
Daging babi fresh - dipotong stail steak
Bawang putih - dicincang halus
Bawang merah - dicincang halus
Maggi sesoaning
Garam halus
Serbuk kasar Lada hitam

Gaulkan semua bahan2 tadi dah perap selama 2 jam
Panaskan sedikit minyak dan masak daging tadi sehingga kekuningan.
Hidangkan ketika masih panas

selamat mencuba

Read more at www.sagaraptor.blogspot.com

mobile gMail by Nseries

Jualan Babi

RM10.00 per kilo? wow... Thats pretty cheap. Tak patut pulak kerajaan negeri turunkan harga babi.

Tapi itulah cerita yang dikhabarkan oleh nenek sebelah rumah. Bagi membuktikan, nenek terus kol "suppliernya"

Tak sampai sepuluh minit, van yang jual babi pun sampai. Memang betul pulak. RM10.00 jer..

Apalagi, I terus beli tulang babi sekilo, bahagian dada sekilo. Paha sekilo.

menakjubkan, babi harga tu adalah babi muda, untuk pengetahuan pembaca, harga babi muda dipasaran adalah RM14.00, tulangnya adalah RM15.00

Read more at www.sagaraptor.blogspot.com

mobile gMail by Nseries

11 March 2008

masak sendirik

*Artikel ini tiada kena mengena dengan keputusan Pilihanraya Umum ke-12*

Sebagai langkah berjaga jaga dalam persediaan menghadapi kejatuhan harga saham ekoran dari kekusutan politik dalam negeri, keputusan untuk memasak breakfast sendiri telah diambil.

Langkah pertama yang diambil adalah mencari nasi sejuk malam tadi sebagai juadah utama.

Langkah kedua adalah menyelongkar peti sejuk dan I bernasib baik kerana menjumpai tinggalan PORK MINCE WITH SALTED MUSHROOM ketika pak Lah masih menjadi Prime Minister time first term dahulu.

Manakala, bagi menjamin pertumbuhan yang sihat dan memastikan bekalan2 secukupnya seperti lemak, protien, vitamin, zat2 DHA, UHP, PHD, VCD, LCD, MP4, SONY DIGITAL CAMCODER, KANSAI MICROWAVE dan lain2, saya pun dengan selambanya menyediakan telur goreng.

Selamat menjamu selera.

10 March 2008

daging yang salah

Aduh. Nie bukan part ayam yg aku suka.... Naperla bagi bahagian isi.

ayam tanpa kulit bagaikan ayam tanpa kulitnya. Chewah.

sambung makanlah pulak