13 June 2008

Mengapa naik 40%

Menurut analisis "pelik" dari rakan blog dari http://www.akubetul.com, kadar kenaikan tersebut adalah "lambang" atau "peringatan" kepada rakyat yang tidak mengundi Barisan Nasional. Sila perhatikan ilustrasi dibawah.


Entah jugak.... memang tak berasas. Tapi kalau difikirkan balik. Macam betul pulak.

Pak Lah seolah olah tidak berpuas hati kerana telah membuat keputusan "flip flop". Amat mengecewakan. Oh Malaysiaku...


Zaman Tun M
Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )

Zaman Pak Lah
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

Akhirnya.... Penduduk kawasan luar bandar berasa lega

Kebimbangan terhadp kenaikan harga minyak dan kos pengangkutan bagi penduduk kawasan luar bandar akhirnya diambil berat oleh kerajaan. Kerajaan akan memberikan subsidi dalam sistem FLEET CARD bagi kegunaan kawasan luar bandar seperti pemilik bot dan pemilik generator.

Stolen from Borneo Post
Pemilik bot, generator luar bandar akan diberi subsidi

KUCHING: Kerajaan akan memberi subsidi bahan api kepada pemilik-pemilik bot dan generator di kawasan luar bandar dengan syarat kumpulan terbabit memiliki ‘Fleet Card’.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi bersetuju agar pemilik-pemilik bot dan generator diberi subsidi dengan mengesyorkan mereka menggunakan ‘Fleet Card’.

“Dalam dialog bersama Perdana Menteri baru-baru ini saya telah mengemukakan senarai umum termasuk nelayan dan pemilik bot yang sudah memiliki ‘Fleet Card’ kepada beliau.

“Saya juga memaklumkan kepada beliau bahawa manfaat sama perlu dirasai pemilik bot dan genarator di luar bandar kerana begitu ramai orang masih menggunakan bot sebagai pengangkutan utama selain digunakan untuk membawa barang keperluan termasuk petrol dan diesel ke kampung atau rumah panjang masing-masing,” katanya pada sidang media semalam.

Baca Selanjutnya.....

Entah dalam sedar atau tidak, rasional Pak Lah mengurangkan subsidi secara mendadak pastinya mengundang kenaikan harga lain. Walaupun kenaikan harga bahan api sememangya akan menaikkan kos pengangkutan, menurunkan kadar tersebut, tidak akan memberikan kesan terhadap kos pengangkutan. Faktor faktor lain harus diambilkira seperti alat ganti dan pelbagai keperluan lain tidak akan turun.

Selain dari para Menteri, tidak seorangpun manusia bernyawa di Malaysia ini menyokong Pak Lah. Malah Tun Dr. Mahathir dalam blognya mengecam keras tindakan tersebut.

Rakyat betul betul tersiksa........ Inikah caranya Pak Lah melayan kita selepas mengundi dia?

Atau dengan lebih tepat lagi MENGHUKUM rakyat malaysia yang tidak mengundi beliau??

10 June 2008

Pak Lah..... What have you done...

Di tengah tengah kekalutan harga barangan yang semakin meningkat ekoran kenaikan harga minyak baru baru ini. Saya terfikir juga, apa logiknya subsidi minyak dihapuskan sekarang. Belum reda beban yang ditanggung ekoran kenaikan harga beras, menyusul pula kenaikan harga minyak secara mendadak sehingga 40%. Ingin saya tekankan, 40% atau RM 1.00 bagi petrol dan RM 0.74 bagi diesel. Keadaan ini sudah pasti akan disusuli oleh kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang lain.


Semua rakyat Malaysia memang sudah maklum, kerajaan menanggung beban yang banyak akibat subsidi minyak. Dianggarkan hampir separuh daripada keuntungan Petronas diagihkan bagi tujuan tersebut yang disifatkan oleh Abdullah Ahmad Badawi (AAB) sebagai “PEMBAZIRAN”. Oleh itu, beliau mengambil tindakan drastik dengan menarik balik subsidi minyak kerana menurut beliau lagi, subsidi tersebut tidak sampai ke kumpulan sasaran dan sejumlah besar telah “berjaya” diseludup ke negara jiran.


Ketika harga getah dunia meningkat, rakyat Malaysia, terutamanya pekebut getah tersenyum kerana harga yang mereka dapat dari setiap keping getah akan meningkat. Begitu juga dengan barangan mentah yang lain seperti bijih timah, gas cecair dan lain lain. Kenaikan harga barangan tersebut di pasaran dunia akan menguntungkan mereka.

Kalau dikira logik dan asas di atas, kita sebagai pengekpot minyak pasti akan menikmati keuntungan yang berlipat ganda hasil jualan ke luar negara. Harga minyak mentah naik, pastinya keuntungan adalah lebih tinggi.

Petronas sepatutnya berbangga. Negara juga sepatutnya megah. Keuntungan berlipat ganda.

Tetapi lain pula jadinya.

Kerajaan berkali kali menyatakan yang mereka akan menanggung kerugian sekiranya subsudi ini diteruskan. Mengapa pula bersubsidi? Adakah kita membeli minyak dari luar sebagaimana beras dan gandum? Duit yang digunakan untuk subsidi itu pula datang dari mana? Takkanlah Petronas jual cucur udanng.

Tambahan pula, jangkamasa pengumunan tersebut yang tidak konsisten menambahkan kekeliruan rakyat. Pada mulanya, kerajaan mengumumkan subsidi akan ditarik balik pada bulan Ogos. Selepas itu, kenyataan itu ditarik balik dan mengumumkan kenaikan harga minyak berkuatkuasa “ESOK”.

Menteri menteri pula tidak habis habis memberitahu, harga minyak di Malaysia jauh lebih murah dari harga minyak di negara negara jiran dan negara negara pengimport minyak. Memang harga di Singapura mahal, tetapi apakah pendapatan per kapita rakyat pulau singa itu?

Rakyat Malaysia juga sedar yang mereka tidak harus bergantung kepada subsidi sepanjang masa. Tambahan pula hasil mentah seperti petroleum akan berkurang dan habis dalam jangka masa tertentu. Sekiranya kerajaan inginkan rakyatnya berbelanja dengan bijak, mengapa pula kenaikan petroleum secara mendadak? Ke mana pula perginya untung Petronas yang mencecah RM 70 billion?

Kalau menurut saya, kerajaan harus menarik balik subsidi tersebut dalam 8 tahun yang akan dating secara beransur ansur setiap tahun. Kerajaan juga harus memperkenalkan subsidi bagi alternative petroleum seperti menyediakan subsidi kepada bas penumpang yang ingin menukar enjin petroleum kepada enjin gas asli cecair.

Tetapi…. Apalah yang Pak Lah tahu…..

Mungkin TDM betul….


......this man doesn't seem to understand anything

08 June 2008

OFFLINE MODE


Lupa pulak nak bubuh tanda ni masa nak pegi Gawai