20 June 2008

Tambang Bas Sekolah


Panggilan telefon dari salah seorang kenalan bertanyakan kenaikan harga tambang bas mungkin tepat pada masanya. Dia juga mencadangkan saya untuk mengadu kepada pihak yang berkenaan. Menurutnya lagi, tambang bas sekolah naik sekitar RM15.00 (Permyjaya - SK Merbau) ke RM40.00 bergantung kepada kawasan perjalanan.

Untuk tidak mngengecewakan beliau, saya berjanji akan melaporkan perkara ini kepada YB Andy Chia melalui laman blognya.

Umum mengetahui, tindakan itu pastinya memeritkan pengguna... tetapi apakan daya. Semua maklum. Harga minyak dah naik. Nak buat apa la kan. Yang pastinya, pengusaha bas sekolah di Miri menaikkan harga ekoran tindakan berani pengusaha bas sekolah dari Bintulu. Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Bintulu Doris Daha Bujang dua hari yang lepas sebagai reaksi kepada arahan Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perniagaan (LPKP) kawasan utara Encik Arshad Hussein yang mengarahkan ibubapa untuk melaporkan sekiranya harga tambang dinaikkan.

We never have the chance to buy the subsidised fuel for our vehicles even though we have applied several times since 2005,” she said in response to a Borneo Post June 17 report with the headline ‘Report school bus fare hike, parents urged’.
Borneo Post Online - Thursday, June 19th, 2008


Dalam sidang akhbar yang sama, Doris Daha Bujang juga menegaskan sekiranya ada diantara pengusaha bas sekolah dikenakan tindakan, mereka akan memberhentikan operasi serta merta.

Doris Daha Bujang juga menyatakan bahawa mereka bukannya mencari keuntungan, tetapi kenaikkan harga minyak yang mendadak ini menaikkan kos operasi sehingga 40%. Sekiranya tambang tidak dinaikkan, mereka bakal mengalami kerugian yang besar.
Kenyataan ini memang berasas. Tanpa subsidi kerajaan, pengusaha bas sekolah memang tidak mampu menyerap kenaikkan sebanyak itu. Motif Pak Lah untuk mengagihkan subsidi minyak kepada kumpulan sasaran ternyata tidak kesampaian.

...........If the Government cannot be charitable by absorbing the cost, why should businesses be asked to absorb the cost in order to make the Government look good.
Tun Dr. Mahathir - www.chedet.com



Khabarnya pula, pengusaha lori pun akan mengambil tindakkan yang sama. Sekiranya berlaku penangkapan, operasi akan dihentikan serta merta.

Fikirlah Pak Lah. What have you done??

Pak Lah pandai fikir ker??