08 August 2008

Serang Rainforest

Mega Hotel berbesar hati membelanjakan jumlah yang agak besar tahun ini bagi menggantikan Family Day. Walaupun banyak yang tidak bersetuju, tetapi Kelab Sukan dan Riadah berkeras juga inginkan Away Day.

Borneo Tropical Rainforest Resort dijadikan pilihan. Saya terpilih dalam kumpulan ke-4. Aktiviti yang dijalankan agak ringan. Hanya jalan jalan di sekitar hutan melalui jambatan atau Jungle Walk, bersiar di ladang, melawat air terjun dan akhir sekali makan.

Sebelum menjamu tengahari, kami dihidangkan Tuak. Lauk di sana agak sedap. Sambalnya.. fuh... power power gitu.

Ada juga terjumpa Faizal.. Thomas.. Bernard... Rani... Amran... Pokoknya, semua penyelia dan pengurus kat sana adalah bekas pekerja Mega Hotel....

Caya lah ....











best kan gambar terakhir ni... Selalu saya idamkan amik gambar cam ni. Baru kali ni ler ada peluang pegang kamera mahal.