23 December 2008

IbanWiki - an Iban Encyclopedia

Projek terbaru saya, IbanWiki sedang dalam proses pembikinan. IbanWiki adalah laman Wiki atau Ensiklopedia Iban Bebas. Laman ini bukan menggunakan Bahasa Iban, tetapi akan menggunakan Bahasa Inggeris kerana agak sukar untuk membuat terjemahan frasa ke dalam Bahasa Iban.

Objektif utama IbanWiki adalah untuk membuat satu ensiklopedia agar erti dan pemahaman untuk Bahasa Iban lebih mudah diakses melalui internet. Selain itu saya tidak ingin Bahasa Iban akan hilang ditelan zaman. Terlalu ramai bangsa Iban yang tidak faham dan keliru dengan bahasa sendiri ekoran persamaan sebutan dengan Bahasa Melayu.

Saya bukanlah pakar dalam Bahasa Iban ataupun mana - mana bahasa di dunia ini. Sungguh. Oleh itu, saya menjemput professional di dalam bidang linguistik Bahasa Iban untuk tampil membantu saya. Dan sebeb itulah saya menggunakan perisian Media Wiki, kerana perisian ini membenarkan sesiapa sahaja untuk memperkayakan laman ini nanti.

Buat masa ini, IbanWiki sudahpun online di laman percubaan. Sekiranya berminat untuk melihat perkembangannya, sila hubungi saya. Saya sudahpun menerima sumbangan sebanyak RM300.00 dari apai endu @ RumahDayak.com untuk membiayai hosting laman ini nanti. Laman ini belum diberikan domain khas kerana ini adalah projek saya yang pertama menggunakan Media Wiki. Agak membazir jika hosting yang dibeli belum dapat digunakan.

Bagi memudahkan kerja mengumpul artikel, saya membeli thubdrive 4 gig dan mengisinya dengan WeWos webserver yang lengkap dengan MySQL, ImageMagick dan PHP serta Media Wiki versi terbaru.

Nantikan kemunculan IbanWiki. Semoga bahasa kita tidak hilang ditelan zaman

16 October 2008

Food and Beverage Team: All-hotel Gathering


Last sunday, pada 12 October 2008..

Ada jemputan dari Banquet Imperial Mall untuk sama - sama enjoying and know each other. Walaupun aku nie bukan dari FnB, tapi aku nie kerja hari hari ngan mereka. So aku kena jemput sama la.

Kerana tak nak malu, kami dari Mega colect RM10 satu orang. Beli Lamb Chop dan sausge jer. Samer ngan soft drink. Asalnya nak buat kat Taman Awam. Tapi tukar tempat lah pulak.

Malam tu happening jugaklah. Cuma tempat panggang jer yang ciput kecik mcm nak mampus. Risau pulak aku, takut lamb tak sempat BBQ.

Hotel yang ikut adalah Imperial Hotel and Suite sebagai Host, Mega Hotel, Mariott Hotel and Spa dan Dynasty Hotel. Grand Palace tak dapat ekot di saat aher. Ader function.

Ader jugak kawan2 yang mabuk nak mamposs... bedebah betul.

14 October 2008

Karnibal Pekerjaan

Sekadar menghebahkan

Kepada semua,






Saya dari Jabatan Tenaga Kerja Miri memaklumkan bahawa Satu Karnibal pekerjaan dan Hari bertemu pelangan Peringkat negeri Sarawak yang akan dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia Malaysia akan diadakan Seperti Berikut:

Tarikh:15-16 November, 2008
Tempat: Stadium Tertutup Miri
Masa :8.00am- 5.00pm

Semua Dijemput Hadir terutama Pencari kerja. Sila hebahkan info in kepada saudara-saudara dan rakan-rakan kita.
Terima kasih.

Jonim Duhu

10 October 2008

KGM Hampir siap....


Ahernya... selepas lebih 2 minggu berkoding koding, mykgm.net hampir siap dan buat masa ini sudah berfungsi sepenuhnya.

Saya menggunakan Board3 sebagai laman portal untuk phpbb3. Seterusnya saya akan install photo gallery dan shoutbox seperti yang direquest oleh Sam.

Buat masa nie KGM belum lagi mempunyai nama rasmi. Masih pikir pikir deh. Nama yang lama tu obvious sangat. Tapi motto nya tetap sama, Kuat::Gagah::Menyampah.

Ada jugak terfikir beberapa nama. Tunggu tanyak budak2 lok.

23 September 2008

Sinetron Cinderella TV2


Brengsek RTM. Ngapain ya tiba tiba Cinderella ditukar dengan sinetron lain. Baru aja Siri 100.. Kalo nggak silap, semuanya 150 episod.

Brengsek banget. TV di Malaysia emangnya selalu berantakan. Nggak bebas
.

Kalo ingin terus nonton sinetron ini, download aja dari Youtube.

Download From YouTube

Download Tools


1. Download dari Download.com

2. Ikut arahan... heheheheh

Dengan tools ini, lu bisa aja covert ke format yang lu suka termasuk ke VCD.

Selamat menonton

21 September 2008

Menghidupkan kembali mykgm.net

Selepas hampir setahun ditinggalkan. Saya berhasrat menyambung kembali projek portal mykgm. Antara sebab pengangguhan kerana terpaksa menunggu skrip untuk PHBB3 seperti phpbbb fetchall.

Ternyata sia - sia saja saya menunggu. Beberapa skirp yang mirip phpbb ftchall amat mengecewakan. Skrip seperti Phpbb Portal http://www.phpbb3portal.com/ amat rumit untuk di install.

Saya berhasrat untuk mencuba MK portal. Menurut mereka, MK Portal mampu beroperasi sebagai portal untuk beberapa bulletin board seperti 
  • SMF 1.1.x
  • IPB 1.3.x
  • IPB 2.3.x
  • vB 3.7.x
  • phpBB 2.0.x
  • phpBB 3.x
  • MyBB 1.2.x
  • AEF 1.0.6
Tunggu jer lah yerk

08 September 2008

Sarawak Merdeka: 22 Julai 1963

31 Ogos 1957 – Malaya Merdeka

22 Julai 1963 – Sarawak Merdeka

16 September 1963 – Sarawak bersama yang lain menubuhkan Malaysia

22 Julai 1963 – Adalah hari KEMERDEKAAN bagi tanah Sarawak. Ramai yang tidak mengetahui fakta ini. Tiada sesiapun pernah menyebutnya. Carilah di seluruh internet. Baik dengan Google, Yahoo atau MSN Search, memang tak akan dijumpai.

Fakta ini saya peroleh dari Wikipedia

From Wikipedia, the free encyclopedia
Sarawak was officially granted independence on July 22, 1963,[1] and was admitted into the federation of Malaysia on September 16, 1963 to the initial opposition from parts of the population. Sarawak was also a flashpoint during the Indonesian Confrontation between 1962 and 1966.
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Colony_of_Sarawak


Mengapa kita tidak pernah diberitahu? Kerajaan British menyerahkan Sarawak kepada penduduk bumi ini pada hari tersebut. Dan pada hari itulah Datuk Stephen Kalong Ningkan menubuhkan kerajaan di Sarawak.

Selepas itu, terjadilah beberapa episode yang menyedihkan sehingga beliau disingkirkan dari jawatan Ketua Menteri

Anda boleh mengikuti kisah selanjutnya di http://thebrokenshield.blogspot.com/

04 September 2008

Google + (Apple + Mozilla) VS Microsoft

Google tumpang sekaki nak lawan Microsoft. Beberapa hari lalu, Google menerbitkan perisian baru. Google Chrome. Perisian browser seperti Firefox dan Safari. Dengan lebih tepat lagi, Internet Explorer akan berebut pasaran dengan Open Source Software.

Google mengikut jejak langkah Apple untuk menggunakan Webkit untuk membangunkan chrome. Sementara Firefox menggunakan Gecko.

Kebayakkan laman blog dan reviu yang dibuat rata rata menyatakan Chrome lebih laju dari browse lain. Aku baru hari ni pakai. Memang terasa laju. Dari Kajian yang aku buat, capaikan ke http://rumahdayak.com adalah seperti berikut

Firefox - 3.27 saat
Chrome - 2.11 saat.

Manakala, memory usagenya pula merekodkan

Firefox - 82 980 K
Chrome - 14 828 K

31 August 2008

Water on Mars


A picture is worth a thousand words

24 August 2008

kepalaku bergegar.....

Reservation form for Mega Hotel makin banyak terima benda benda lucah dari webbot...

Aku bercadang nak cuba skrip lain pulak. Skrip PHP yang mampu posting pakai STMP sendiri.

Tapi ada iklan Google lah pulak.

Aku tengah cuba decrypt satu baris jer....

hampir hampir jer aku hempaskan kepala kat dinding. Aduh. Mengapa bisa jadi begini. Aku dah janji akan siapkan segalanya menjelang Monday. Huh.

Sialan banget. Merata forum aku carik bagaimana nak decrypt. Satu pun tak menjadi.

Yang tukang tulis skrip ni pun satu hal. Ngaperlah ciput sangat ngan kerja sikit sebegini....

sapa sapa yang nak cuba tolong....

function get_code($fields, $files ,$next_page, $protect_name){
$str = "echo \"";
foreach($fields as $value){
$str .= gzinflate(base64_decode("s8nMKygtUSipLEi1jVHKyExJSc2LUVLIS8wF8QE=")).base64_decode($value).gzinflate(base64_decode("i1FSKEvMKU21jVFS0ssoyc0pLkhNzkzMSc5ILCrWUIkHSxZHKwEA")).base64_decode($value).gzinflate(base64_decode("U4rV1FOKUbIDAA=="));
}
foreach($files as $value){
$str .= gzinflate(base64_decode("s8nMKygtUSipLEi1jVHKyExJSc2LUVLIS8wF8QE=")).base64_decode($value).gzinflate(base64_decode("iy9KTczRzUvMTY1RUihLzClNtY1RUtLLKMnNKS5ITc5MzEnOSCwq1lCJB0sWRysBAA==")).base64_decode($value).gzinflate(base64_decode("iy9KTczRzUvMTVWK1dRTilGyAwA="));
}
$str .= gzinflate(base64_decode("s8nMKygtUSipLEi1jVHKyExJSc2LUVLIS8wF8eOLUtNSi1KLgCJliTmlICEVhJidDX7NeakVJfEFiempSNoB")).base64_decode($next_page).gzinflate(base64_decode("i1GysylQSM5JLC62jVFKyy/KjU+tKEgtKokvLqnMSY0BSmfmFZSWKOQl5qYCVQAA")).base64_decode($protect_name).gzinflate(base64_decode("i1FSKKksSLWNUSpJrSiJUVIoS8wpBXFjlPTtbPQL7AA=")).gzinflate(base64_decode("sylOLsosKFEoqSxItY1RKkmtKNHPSixLhAjHKNnZKOrqAgA="))."\n\r".gzinflate(base64_decode("VY1bDoMgEEW3QvhXrA/QWrsSEkORAMYKkWmtuy+NTWP/bs6cO1c7pyfVi6GXk1UzoA5x7B+3hFXl6cRYXlKW1UXdcNwi/ZPD5Ha1YE3Fsjwv6L+w2gFMNEpaH7FRVptPk2YtIiRJruhCglysh5j2gGDzquMY1AvIKJ5ixxyjsMjIDYA/E+KFVmLI0/152ObBSgHWzal09++VBOPWuBvSMXB82HoD"));
$str .= "\";";
return $str;
}

23 August 2008

Pic ejanz Befday

Walaupun tak ramai dan dalam keadaan takder duit, menjadi jugak perayaan itu diadakan. Berbekalkan keropok dan sekilo kek, kitaorang kumpul kumpul dan nyanyikan lagu untuk ejan. Lama dah tak lepak kat bukit.

Malam tu yang hadir cuma aku, evo, ejan, lim, usat, odd, apon, tuok dan jack.




19 August 2008

H@Ppy bE$D@Y ejanzz


Tak terasa another year datang lagi.

Selamat hepi besday ijan. Muah muah. Malam esok mek orang ada polah makan2 keropok MM kat atas bukit after 10pm. Datang owh... Sambut befday ko kat sinun.

c'ya there my pren......

08 August 2008

Serang Rainforest

Mega Hotel berbesar hati membelanjakan jumlah yang agak besar tahun ini bagi menggantikan Family Day. Walaupun banyak yang tidak bersetuju, tetapi Kelab Sukan dan Riadah berkeras juga inginkan Away Day.

Borneo Tropical Rainforest Resort dijadikan pilihan. Saya terpilih dalam kumpulan ke-4. Aktiviti yang dijalankan agak ringan. Hanya jalan jalan di sekitar hutan melalui jambatan atau Jungle Walk, bersiar di ladang, melawat air terjun dan akhir sekali makan.

Sebelum menjamu tengahari, kami dihidangkan Tuak. Lauk di sana agak sedap. Sambalnya.. fuh... power power gitu.

Ada juga terjumpa Faizal.. Thomas.. Bernard... Rani... Amran... Pokoknya, semua penyelia dan pengurus kat sana adalah bekas pekerja Mega Hotel....

Caya lah ....











best kan gambar terakhir ni... Selalu saya idamkan amik gambar cam ni. Baru kali ni ler ada peluang pegang kamera mahal.




27 July 2008

Evo.... sayau sayau buah kemayau



Mengapa la tak kena???? 3 nombor atau 4 nombor pun jadi la. Dapat jugak aku tumpang "rimau" dan babi panggang.

Lepas jugak belanja sebulan. Aduh... kan bagus kalau straight 5 digit strike..

Kesian Evo.. tpaksa gigit jari. Pagi tadi tak mandi kut

Keep on tryin man...

"Majulah Sukan Untuk Negara"

22 July 2008

Membisu Benar - Benar BISU

Waduh... memang sakit kerongkong dari semalam. Tapi petang ni sampai tak keluar suara. Bukan tu jer. Nak telan air liur pun susah. mamposs pak...

Aku bercakap ngan orang pakai pen dan kertas. Syuk jugak. Kalau ada komputer aku pakai taip jer.

Pegi jer klinik, aku dapat dua suntikan kat pangkal paha... waduh....

20 July 2008

Seduku Kampungku - Google Earth

Jelasnya..... bes betul tengok bumbung rumah. Rasa mok balit kampung eh....... Huhuhuhuhu. I miss my kampung. Ada banyak tempat yang aku dah lupa. Well... lebih2 lagi bahagian tanah sawah.......

Makceh Google

RumahDayak.com "wet wet wet" Anniversary Party

Splash it Out!


We’ve kick start the 3rd Anniversary campaign this week. And, this year we’ll be celebrating our 3rd anniversary at Imperial Hotel Poolside! Yes…. Wet Wet Wet!

Check out the discussion here!

19 July 2008

For Dr. Muzaffar fans....

15 July 2008

Photo: ISO 14000 @ Telang Usan


13 July 2008

ISO 14000 Training

Training bnyk menyentuh tentang satndard pengurusan alam sekitar oleh sesebuah organisasi. Temenggung ajak aku ikut.... So pegi jer la.

Dalam blur2, dapat jugak aku ilmu sikit sikit. Kalau pasal alam sekitar, memang aku amik berat. Bumi kita cuma ni jer. Takder bumi lain.

So jaga la baik2.

Anyway, aku bangga dapat sijil balik. Walaupun setakat pengenalan jer. Bolehlah angkuh sikit kalau cakap pasal alam sekitar......

Thank You Temenggung n Dr. John

07 July 2008

RumahDayak.com BBQ @ Indin Resort, Miri




Time ni banyak mengukir sejarah....

Inilah kali pertama saya "memanggang" selama 12 jam berturut turut. Balik jer dari Indin pukul 8, terserempak pulak ngan family Qino kat rumah dier.....

Kali pertama jugak seorang YB datang ke majlis BBQ yang saya hadiri. Time jemput YB Andy Chia, saya sebenarnya ajak - ajak ayam. Tapi kut kut, berkenan pulak dia. Walaupun YB sekadar pesan "kalau sempat, saya akan singgah", tetapi beliau benar benar muncul. Cuma time tu malu pulak sikit. Yerlah, 2 jam lewat dari rancangan asal, kami pun dah mabuk...

Trima Kasih sekali lagi YB.

More Photo @

04 July 2008

Time To(o) Break



Penat Lelah......
walaupun usaha tak sebesar mana...

Dua hari OFFline
Sabtu & Ahad
...... TQ

01 July 2008

Why translation??

Akhir akhir ini saya agak sibuk kat laman raptorology.

Saya percaya yang lebih dari separuh rakan rakan kita tidak pandai pakai english. Jadi sia sialah penulis blog yang bijak pandai tu. Dengan idea yang unggul, pun tak guna jugak. Siapa la yang nak baca. Sebab itulah saya mengambil keputusan untuk melakukan penterjemahan sebarang dokumen yang relevan bagi saya.

Berbekalkan Kamus Dwi-Bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka, setakat ini saya telah menterjemahkan 5 artikel. Bukan senang ah..... Walaupun maksudnya terlulis kat kamus, tetapi ia harus bersesuain dengan ayat tersebut. Kalau tidak, lari ler maknanya.

Lagi satu, saya cuba menyampaikan apa yang penulis ingin sampaikan. Jadi saya harus faham artikel tersebut terlebih dahulu.

Di samping itu, saya mencetak artikel tersebut dan mengedarkannya pada rakan taulan. Apa sangatlah seposen dua pakai photostat, saya yakin suatu hari nanti akan ada arus perubahan di Sarawak.

24 June 2008

YB Andy Chia - Terima Kasih


Terkejut badak bila ada orang panggil nama cyber saya. Sekali toleh... YB Andy Chia. Betul ker? Tapi best jugak. Panik sekejap. Rasa tak percaya... percayalah. Kata Datuk Siti.

Kenal jugak YB tu dengan saya walaupun sekadar berkongsi kongsi pendapat di dalam Friendster.com. Hasrat untuk berjabat tangan dengan beliau jadi kenyataan selepas sehari saya posting yang YB tu lupa jabat tangan saya semasa majlis di Mega Hotel baru baru ini.

YB Andy Chia kerap berkomunikasi dan memberi pertolongan khususnya kepada golongan muda melalui laman Friendster.com beliau. Pengunjung kerap melahirkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa perkara seperti kebersihan sesuatu kawasan di Bandaraya Miri, Pinjaman PTPTN dan sebagainya. Seboleh - bolehya YB Andy Chia akan cuba membantu atau memberi nasihat mengenai selok belok dalam penyelesaian sesuatu permasaalahan.

Apapun... Terima kasih YB, kami amat menghargai cara YB meluangkan masa bersama rakyat....