23 December 2008

IbanWiki - an Iban Encyclopedia

Projek terbaru saya, IbanWiki sedang dalam proses pembikinan. IbanWiki adalah laman Wiki atau Ensiklopedia Iban Bebas. Laman ini bukan menggunakan Bahasa Iban, tetapi akan menggunakan Bahasa Inggeris kerana agak sukar untuk membuat terjemahan frasa ke dalam Bahasa Iban.

Objektif utama IbanWiki adalah untuk membuat satu ensiklopedia agar erti dan pemahaman untuk Bahasa Iban lebih mudah diakses melalui internet. Selain itu saya tidak ingin Bahasa Iban akan hilang ditelan zaman. Terlalu ramai bangsa Iban yang tidak faham dan keliru dengan bahasa sendiri ekoran persamaan sebutan dengan Bahasa Melayu.

Saya bukanlah pakar dalam Bahasa Iban ataupun mana - mana bahasa di dunia ini. Sungguh. Oleh itu, saya menjemput professional di dalam bidang linguistik Bahasa Iban untuk tampil membantu saya. Dan sebeb itulah saya menggunakan perisian Media Wiki, kerana perisian ini membenarkan sesiapa sahaja untuk memperkayakan laman ini nanti.

Buat masa ini, IbanWiki sudahpun online di laman percubaan. Sekiranya berminat untuk melihat perkembangannya, sila hubungi saya. Saya sudahpun menerima sumbangan sebanyak RM300.00 dari apai endu @ RumahDayak.com untuk membiayai hosting laman ini nanti. Laman ini belum diberikan domain khas kerana ini adalah projek saya yang pertama menggunakan Media Wiki. Agak membazir jika hosting yang dibeli belum dapat digunakan.

Bagi memudahkan kerja mengumpul artikel, saya membeli thubdrive 4 gig dan mengisinya dengan WeWos webserver yang lengkap dengan MySQL, ImageMagick dan PHP serta Media Wiki versi terbaru.

Nantikan kemunculan IbanWiki. Semoga bahasa kita tidak hilang ditelan zaman