04 July 2008

Time To(o) Break



Penat Lelah......
walaupun usaha tak sebesar mana...

Dua hari OFFline
Sabtu & Ahad
...... TQ

01 July 2008

Why translation??

Akhir akhir ini saya agak sibuk kat laman raptorology.

Saya percaya yang lebih dari separuh rakan rakan kita tidak pandai pakai english. Jadi sia sialah penulis blog yang bijak pandai tu. Dengan idea yang unggul, pun tak guna jugak. Siapa la yang nak baca. Sebab itulah saya mengambil keputusan untuk melakukan penterjemahan sebarang dokumen yang relevan bagi saya.

Berbekalkan Kamus Dwi-Bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka, setakat ini saya telah menterjemahkan 5 artikel. Bukan senang ah..... Walaupun maksudnya terlulis kat kamus, tetapi ia harus bersesuain dengan ayat tersebut. Kalau tidak, lari ler maknanya.

Lagi satu, saya cuba menyampaikan apa yang penulis ingin sampaikan. Jadi saya harus faham artikel tersebut terlebih dahulu.

Di samping itu, saya mencetak artikel tersebut dan mengedarkannya pada rakan taulan. Apa sangatlah seposen dua pakai photostat, saya yakin suatu hari nanti akan ada arus perubahan di Sarawak.