24 June 2008

YB Andy Chia - Terima Kasih


Terkejut badak bila ada orang panggil nama cyber saya. Sekali toleh... YB Andy Chia. Betul ker? Tapi best jugak. Panik sekejap. Rasa tak percaya... percayalah. Kata Datuk Siti.

Kenal jugak YB tu dengan saya walaupun sekadar berkongsi kongsi pendapat di dalam Friendster.com. Hasrat untuk berjabat tangan dengan beliau jadi kenyataan selepas sehari saya posting yang YB tu lupa jabat tangan saya semasa majlis di Mega Hotel baru baru ini.

YB Andy Chia kerap berkomunikasi dan memberi pertolongan khususnya kepada golongan muda melalui laman Friendster.com beliau. Pengunjung kerap melahirkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa perkara seperti kebersihan sesuatu kawasan di Bandaraya Miri, Pinjaman PTPTN dan sebagainya. Seboleh - bolehya YB Andy Chia akan cuba membantu atau memberi nasihat mengenai selok belok dalam penyelesaian sesuatu permasaalahan.

Apapun... Terima kasih YB, kami amat menghargai cara YB meluangkan masa bersama rakyat....

0 komen: