04 April 2008

Sahabat Sahabat Kita

Dalam dunia ini,
kita tidak punya sesiapa,
kecuali diri sendiri...
Tetapi….
dalam kita bersendiri,
Kita beruntung….
Kerana mempunyai seorang sahabat,
Yang memahami kita.
Sebagaimana kita,
Mengharapkan keikhlasan
Dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita Cuma,
Mengambil kira,
Tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia
Tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi peluang,
Untuk menerang keadaannya.
Bagi kita,
Itu alasannya
Untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa,
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan,
'memaksa' dia menerima alasan kita.

Waktu itu,
Terfikirkah kita tentang perasaannya???
Seperti kita,
Dia juga tahu rasa kecewa....
Tetapi kita sering terlupa.

Untungnya….
Mempunyai seorang kawan
Yang sentiasa di sisi kita
Pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita,
~ segala rasa kecewa,
~ segala rasa takut,
~ segala harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan
sebagai laluan penyelesai masalah.
Selalunya,
Kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang - kadang terlupa…
Kawan kita juga,
Ada cerita yang ingin dikongsi bersama.

Pernahkah kita memberi dia peluang,
untuk menceritakan,
rasa bimbangnya,
rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia,
sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar,
tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya,
seperti mana dia ,
Meniup semangat kita,
Setiap kali kita merasa kecewa,
Dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa,
Kita boleh dipercayai.

Bolehkah kita,
Menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali,
Jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa,
Untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
Dia juga
ada rasa takut…
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan,
Dan dia juga,
perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
Tetapi mungkin sebenarnya,
Dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu,
Mungkin
Banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
Disebalik ketenangannya,
Mungkin
Tersimpan seribu kekalutan,

Kita tidak tahu.......
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
Mungkin kita akan tahu........

0 komen: