03 May 2008

Tun Dr. Mahathir... memeriahkan lagi dunia BLOG


Mengaper yer... dan tiba tiba jer org berebut rebut nak buka BLOG. Yang terbaru adalah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Blog itu dibuka kepada umum 2 hari yang lepas dan setakat ini merekodkan 140 ribu kunjungan dalam masa 3 hari. Menakjubkan.

Walau apapun, keta welcoming kedatangan Tun tersayang ke dunia maya. Maybe Tun sendiri dah tak percaya sangat dengan media utama. Yer lah kan, YB2 semua sebut BLOG ni media alternatif, bahaya media alternatif lah. Pokok pangkalnya, kalau media tu NOT BELONGS TO THEM... semua cerita bohong belaka, unsur unsur tak baik... Macam baru baru ni, baru jer sebuah akhbar Tamil ditarik lesen.

Dalam posting pertamanya, Tun Mahathir menyentuh mengenai perlantikan Hakim2. Tun juga berterimakasih kepada para pengunjung dan langsung tak sangka akan mendapat HITS sebanyak tu.... Dalam pada itu, Tun Mahathir meminta maaf kerana tak sempat pulak nak reply semua komen. Macam2 pula komen yang diterima. Ada yang puji, ada yang bagi cadangan, tak kurang juga yang mencaci maki...

Hidup TUN.... Selamat sejahtera Malaysia. Jangan lupa orang sarawak. Time tak cukup beras baru nak pandang ke Sarawak......

Go to Blog Tun Dr. M

0 komen: